|
Activiti
Bukit Naga www.bukitnaga.dkays.com |
|
|
DESA WAWASAN |
2007 | 2006 | 2005 | 2004 |
|
|
30hb Oktober 2004 Hari Kecemerlangan SKBN 2004 Dirasmikan oleh En Safuan Samsuri bin Din wakil PPD Kelang. Persembahan dari murid Prasekolah SKBN yang pernah menjadi johan di peringkat daerah Klang. |
|
19hb
Sept 2004 Berkemah di Pulau Pangkur Setelah bertungkus-lumus memeras otak untuk menghadapi UPSR, pelajar Tahun 6 SK Bukit Naga dibawa berkelah ke Pulau Pangkur yang telah dianjurkan bersama oleh Guru-guru dan PIBG. Mereka berkemah selama 3 hari 2 malam bermula 17hb Sep 04 hingga 19hb Sep 04. |
|
29hb Julai 2004 Majlis Solat Hajat UPSR Majlis Solat Hajat bagi anak-anak warga Bukit Naga yang akan mengambil peperiksaan UPSR anjuran bersama SK Bukit Naga dan AJK Masjid Al Bakri. |
|
|
27hb Jun 2004 Sukan Olahraga Sek Keb Bukit Naga Ke30. Berita selanjutnya |
|
|
30hb April 04 Perkhemahan Remaja Bukit Naga di Teluk Batik, Perak. Ekspidisi perkhemahan 3 hari 2 malam di Teluk Batik Perak ini rancang sendiri oleh anak-anak remaja Bukit Naga bagi memenuhi masa lapang mereka. |
![]() |
23/02/04
- Perlawanan Persahabatan Bola Tampar: Perlawanan persahabatan Bola Tampar anjuran Masjid Al-Bakri Bukit Naga ini bermatlamat mengasah bakat pemain-pemain Bukit Naga. Pasukan Bola Tampar LGM (Lembaga Getah Malaysia) RRI Sungai Buloh merupakan satu pasukan yang mempunyai skill permainan yang begitu baik Pasukan Bola Tampar Bukit Naga yang baru sahaja ditubuhkan telah dapat serba sedikit mempelajari teknik yang di tonjolkan oleh pasukan lawan. |
|
21/02/04 - Sukan Bukit Naga - Piala Masjid
Al-Bakri: Sukan Bukit Naga Piala MAB (Masjid Al-Bakri) merupakan satu lagi aktiviti tahunan yang diusahakan oleh Biro Riadah Masjid Al-Bakri Bukit Naga. Sukan yang dipertandingkan ialah Bola Sepak, Bola Tampar dan Badminton. Pasukan yang bertanding bagi merebut Piala Masjid Al-Bakri: 1. Al-Bakri |
|
28/02/04 -
Program Bina Insan. Anjuran Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama PIBG SMKJK dan Excel Training & Consultancy (M) Sdn Bhd. Penceramah: Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah Program Bina Insan ini amat popular dan ia telah berjaya menyuntik semangat baru kepada para peserta dalam menghadapi penghidupan yang lebih sistematik. Berbagai teknik dan cara penampilan ibubapa bagi menghadapi dan mendidik anak-anak remaja mengikut aliran zaman telah dipertekankan dengan begitu mendalam. |
|
|
18/02/04 - Bola Sepak Piala Dato' Bandar: Pasukan Bola Sepak Belia Bukit Naga telah berjaya merangkul Naib Juara Liga Piala Dato' Bandar Shah Alam setelah ditumpaskan oleh Pasukan Penguat Kuasa MBSA dengan 3-1. Dengan azam dan usaha yang begitu gigih pasukan ini telah berjaya melepasi tempat ke 2 dari 64 pasukan yang telah bertanding.
Johan: Penguat Kuasa MBSA. |
|
|
Aktiviti Sukan Bola Sepak: Masa: 6.00 - 7.30 petang Tempat: Padang Bola Sepak, Jalan Bukit Naga. Pasukan Bola Sepak Bukit Naga begitu cergas dan telah banyak memenangi perlawanan yang diperingkat daerah maupun negeri. Pasukan ini juga telah bertanding ke peringkat akhir dalam Liga Datok Bandar Shah Alam. Pengurus Pasukan: En Ismail Ibrahim 016-2362878 |
|
|
Aktiviti Sukan Bola Tampar: Tarikh: Setiap Petang Masa: 6.00 - 7.30 petang Tempat: Gelangang Bola Tampar Dewan MBSA, Jalan Bukit Naga. Aktiviti Bola Tampar dipimpin oleh En Shaari bin Jamaluddin tel: 03-51624395. |
|
|
Aktiviti Sukan
Sepak Takraw: Tarikh: Setiap Petang Masa: 6.00 - 7.30 petang Tempat: Gelangang Sepak Takraw, Dewan JKKK Jalan Klinik. Permainan Sepak Takraw merupakan aktiviti setiap petang pemuda Bukit Naga, ia diadakan di gelangang sukan Jalan Klinik. Penyelia: En Samsuddin bin Osman 013-6689083 dan dibantu oleh En Saidon bin Hj Misbah 016-3649351. |
|
|
Aktiviti Pasar Malam Bukit
Naga: Tarikh: Setiap Hari Jumaat Masa: 7.30pm - 10.00pm Tempat: Jalan Sri Gambut Di Bukit Naga terdapat dua pasar malam beroperasi disetiap malam Jumaat dan Selasa. Pada malam Jumaat ia diadakan di Jalan Sri Gambut dan malam Selasa di Kawasan Kormesil Jalan Bukit Kemuning. |
|
|
01/02/04 - Hari Raya
Aidiladha: Hari Raya Korban: Tarikh: 01 Feb 2004 (Ahad) Masa: 10.00pagi Tempat: Masjid Al Bakri Bukit Naga. Pada tahun ini Masjid Al Bakri menyempurnakan korban sebanyak 7 ekor lembu kesemuanya. |
|
Anda ada cerita di Bukit Naga?... hantarkan ke webmaster@dkays.com |
|