Activiti Bukit Naga
www.bukitnaga.dkays.com 
 

Kemaskini20-Feb-2007

DESA WAWASAN

2007 | 2006 | 2005 | 2004
P197.jpg (178736 bytes)

24hb Oktober 2006
Hari Raya Aidilfitri di Bukit Naga 
SELAMAT HARI RAYA
Kampung Bukit Naga masih mengamalkan berhari raya secara "Baraan" dimana ia merupakan adat dan budaya kaum Jawa. Baraan biasanya dilakukan selepas Sembahyang Hari Raya dimana penduduk kampung akan berkumpul dalam beberapa kumpulan mengikut kawasan kejiranan masing-masing. Bermula dari rumah yang terjauh menyusul satu per satu hingga kerumah pengikut baraan yang terakhir.

P1010038.JPG (92404 bytes)

12hb Oktober 2006
Kebakaran disaat Berbuka Puasa..

Malang yang menimpa 9 keluarga di Jalan Klinik Bukit Naga disaat Berbuka Puasa telah melenyapkan samasekali 9 buah rumah papan sederet dengan begitu pantas meskipun ditentang oleh Pasukan Bomba.

Keluarga mangsa yang terlibat: 1.Mohd Zamri bin Mastora. 2.Zulkarnain bin Bakhtiar. 3.Abdul Razak bin Hj Abas. 4.Khairuz bt Mohamad. 5.Zaiton bt Mohamad. 6.Mohd Fatah Badram bin Ismail. 7.Sawarin bin Subahir. 8.Ahmad Bakri bin Saidin dan 9.Mahani Mat Idin bt Awang. [ALBUM]

P_RK.JPG (289290 bytes) Satu keunggulan:

Suatu kesempurnaan Teratak Kampung yang diabadikan di Jalan Bukit Naga bersebelahan SR Ugama Bukit Naga.
8hb Julai 2006
Sebuah Taman Perumahan Baru
yang indah dan teratur
Taman Perumahan baru ini terletak di Jalan Rizab Buang, adalah merupakan diantara beberapa taman perumahan baru yang pasti mengubah corak Kampung Bukit Naga.
P1010035.JPG (175236 bytes) 14hb April 2006
Perarakan Maulud Nabi SK
Bukit Naga

Maulidul Rasul telah disambut di Bukit Naga yang dikelolakan oleh Sek Keb Bukit Naga dengan mengadakan perarakan dari sekolah ke Dewan Orang Ramai dan didahului oleh barisan pelajar sekolah.

P1010120.JPG (157096 bytes) Keindahan Bukit Naga
terus berkembang..
Setelah 5 tahun diduduki, beginilah perubahan halaman rumah Tn Hj Bahari di Jalan Klinik Bukit Naga.
P1010094.JPG (170324 bytes) 11hb Feb 2006
Opps.. Vandalisma di Bukit Naga!

Tidak.. inilah semangat Gotong-royong...Sek Keb Bukit Naga mengadakan Hari Gotong-royong dan beramah-mesra diantara Ibubapa dan Guru-guru pada hari Sabtu 11hb Feb 2006.
Seekers Crewx.jpg (158868 bytes) 7hb Feb 2006
Bukit Naga Berhantu?!!
Krew SEEKERS yang terkenal sebagai Pemburu Hantu dalam rancangan NTV7 setiap hari Rabu jam 10.45 malam bergegas ke Bukit Naga untuk mengesan lokasi yang diketahui ada didiami makhluk yang menyeramkan.. 
Ada cerita?

Anda ada cerita di Bukit Naga?... hantarkan ke webmaster@dkays.com