Activiti Bukit Naga
www.bukitnaga.dkays.com 

DESA WAWASAN

AKTIVITI: 2008 | 2007 | 2006 | 2005 | 2004

Kemaskini11-Feb-2009

19hb Dis 2007
Sambutan Aidiladha di Bukit Naga . [ALBUM

Ini adalah merupakan kali pertama Penduduk Jalan Klinik, Bukit Naga  meraikan Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan "Majlis Malam Aidiladha".
Setelah Doa Tahlil selesai, jamuan pelbagai jenis hidangan dari seluroh keluarga penduduk berserta masakan utama Sup-tulang dan daging korban dari 3 ekor lembu (1/3 peruntukan keluarga) sambil dihiburkan pula dengan tayangan gambar upacara korban yang telah dilangsungkan pada pagi Aidiladha. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar Walillahilham...

P1010033.JPG (155765 bytes)

19hb Dis 2007
Gotong-royong Aidiladha - (3 malam berturut-turut). [ALBUM

Penduduk Jalan Klinik, Bukit Naga telah bersepakat untuk meraikan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dengan Majlis Malam Aidiladha. Persiapan telah bermula pada malam Selasa bagi upacara Menganyam Ketupat dan diserikan dengan jamuan ringan. Diikuti malam ke2 bagi upacara Merebys Ketupat berserta BBQ.
Dan akhirnya pada pagi raya, Jamuan makan pagi yang memenuhi meja dengan Ketupat, Rendang, serta berbagai jenis kueh-muih tersaji dan dinikmati selepas Solat Aidiladha dan sebelum menjalankan ibadah korban. Malam Aidiladha Majlis Sambutan telah dimulakan dengan Doa Tahlil dan jamuan Kari  Daging dan Sup Tulang Korban (1/3 peruntukan keluarga).

P1010017.JPG (713948 bytes)

26hb Oct 2007
Rombongan SK Bukit Naga ke Cameron Highlands

Setelah bertungkus-lumus memerah otak menghadapi pepereksaan akhir tahun, SK Bukit Naga membawa pelajarnya beriadah ke Cameron Hilands selama 2 hari satu malam yang disertai lebih 70 pelajar dari Tahun 3 hingga 6 dan disertai beberapa orang guru menaiki dua buah bas.

P1010009.JPG (184747 bytes)

12hb Oct 2007
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Di Hari Raya yang mulia ini, kanak-kanak serta remajalah merupakan golongan yang paling seronok meraikannya. Berkunjung kerumah sahabat-handai secara berkumpulan begini memang menyerikan suasana yang begitu meriah dan gilang-gemilang.. Selamat Hari Raya semua... Maaf Zahir dan Batin..

MesAgong06.jpg (419784 bytes)

3hb Mac 2007
Mesyuarat Agong ke33 SKBN
Mesyuarat diadakan di Dewan MBSA Bukit Naga yang dirasmikan ADUN YB Kamala Ganapathy. Mesyuarat bagi perlantikan AJK Baru Sesi 2007-2008 telah menempatkan semula AJK 2006 bagi meneruskan khidmat mereka sepenggal lagi. Beberapa usul hangat telah diperdebatkan khasnya usul meningkatkan dan menambah jumlah pencapaian "A" dalam UPSR, usul keperihatinan Ibubapa dalam aktiviti PIBG, usul Buku Teks, usul Tusyen, usul mengadakan Majlis Dialog diantara Ibubapa dan Guru-guru dan lain-lain. [SKBN]

P1010073.JPG (194739 bytes) 18hb Febuari 2007
XPDC Berbasikal ke Pantai Morib -
Klik gambar...
Satu XPDC Berbasikal ke Pantai Morib 2 hari 1 malam oleh gabungan anak-anak muda Bukit Naga dan Kampung Jalan Kebun disertai lebih 30 orang. XPDC ini telah diatur dengan baik dan dilengkapi dengan sebuah kenderaan pancuan 4 roda yang membawa segala keperluan bagi perkemahan, alat-alat ganti, minuman serta kelengkapan perubatan. XPDC bermula dengan bacaan doa oleh imam masjid Jalan Kebun pada jam 10.30 pagi.
Klik disini untuk komen...
P1010025.JPG (170956 bytes)

11hb Febuari 2007
Larian Jogath
Ini adalah merupakan Larian Jogathon terbuka pertama dianjurkan SKBN bagi mengisi tabung PIBG. Dengan pengelibatan penduduk Bukit Naga bersama-sama pelajar dan guru-guru selain dari mendapatkan sumbangan bagi tabung sekolah ia telah dapat menjana kemesraan yang lebih akrab disamping menceriakan suasana di Bukit Naga. Syabas diucapkan kepada PIBG dan Pihak Sekolah yang telah berjaya melaksanakan Larian Jogathon 2007 ini dengan jayanya. [ALBUM]

Anda ada cerita di Bukit Naga?... hantarkan ke bukitnaga@yahoo.com         AKTIVITI: 2008 | 2007 | 2006 | 2005 | 2004