Activiti Bukit Naga
www.bukitnaga.dkays.com 

DESA WAWASAN

AKTIVITI: 2008 | 2007 | 2006 | 2005 | 2004

Kemaskini11-Feb-2009

08hb Disember 2008
Ibadah Korban Aidiladha di Bukit Naga. 

Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar,
Walillahilham...

Dalam suasana gerimis seawal pagi penduduk Bukit tetap dalam suasana ceria menunaikan Solat Sunat Aidiladha dan diikuti ibadah Korban. Tahun ini hanya 3 ekor korban dilaksanakan.

18hb Oktober 2008
Suasana Hari Raya Aidilfitri di Bukit Naga. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan inilah masanya untuk kita berkunjung-kungungan dan bermaaf-maafan. Anak-anak muda merupakan golongan yang paling menceriakan di Hari Raya lebih-lebih lagi anak-anak muda Bukit Naga ini mempunyai nilai kejiranan, kesopanan dan adat perkampungan yang tinggi.

Gambar membuktikan kemeriahan anak-anak muda Bukit Naga sedang menjamu selera bersama-sama membakar BBQ di sebuah rumah di kampung ini. Semuga amalan ini terus diamalkan meskipun kita melangkah kezaman kemodanan.

4hb May 2008
Sebuah lagi Mahligai muncul di Bukit Naga. 

Borhannuddin Arifin & Umiatun Puziah Yeop merupakan jiran baru penduduk Jalan Klinik Bukit Naga. Bekerja di UITM dan hari ini merupakan hari bersejarah buat pasangan ini yang mempunyi 3 orang anak.

Kami mengucapkan selamat datang dan mendoakan semoga dilimpahi Rahmat dan berbahagia sepanjang masa..

Anda ada cerita di Bukit Naga?... hantarkan ke bukitnaga@yahoo.com         AKTIVITI: 2008 | 2007 | 2006 | 2005 | 2004